Saturday, November 24, 2012

9 Tips mengelak perebutan harta selepas mati

‎9 tips mengelakkan keluarga dan ahli waris berebut harta selepas anda mati-

1. Kenalpasti dan senaraikan harta-harta yang anda miliki;

2. Kategorikan senarai harta yang masih berhutang dan bebas hutang. Selesaikan urusan pembahagian dan pendaftaran harta jika ada harta anda yang belum didaftarkan selepas pembahagian faraidh; 

3. Tentukan jika ada harta yang ingin anda wakafkan;

4. Senaraikan ahli waris atau sesiapa yang ingin anda hadiahkan harta anda;

5. Kumpul ahli keluarga dan nyatakan hasrat anda;

6. Isytiharkan kepada siapa harta anda ingin anda wakafkan atau hibahkan (hadiahkan);

7. Lantik pentadbir pusaka anda, jika perlu; 

8. Dapatkan khidmat pakar untuk nasihat dan penyediaan dokumen hibah dan yang berkaitan;

9. Simpan dokumen hibah ditempat selamat dan diketahui oleh ahli waris yang dipercayai.

# selamat beramal :)

Via Facebook

Puan Hazizah Kassim
Messrs Hazizah & Co.

No comments:

Post a Comment