Kredit saya berikan kepada Tuan Mior Isfandy kerana sudi berkongsi idea beliau dalam model pengurusan kewangan di atas. Saya nukilkan sedikit sebanyak idea berkenaan model pengurusan kewangan individu ini.
Model ini paling sesuai digunakan oleh graduan yang baru tamat belajar yang baru mencari pekerjaaan tetap ; namun jangan risau jika yang sudah bekerja juga boleh mempraktis model ini mengikut kesesuaian masing-masing.
Kata kunci :
(1) EC = Employed Channel (Saluran makan gaji / bekerja yang menghasikan pulangan tetap setiap bulan)
(2) SC = Self-employed Channel (Saluran bekerja sendiri / part-time / business kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan)
Penerangan :
- Fasa 1 bertujuan untuk mencukupkan RESERVE FUND (Dana untuk simpanan). Jangka masa kurang lebih 2 tahun
- Fasa 2 bertujuan membina kerjaya pilihan dan menikmati kerjaya berkenaan. Fasa di sini lebih kepada bagaimana kerja menghasilkan duit untuk kita.
Semoga ilustrasi di atas beserta sedikit catitan di bawah gambar rajah memudahkan anda untuk memahami model pengurusan kewangan individu ini. Insya allah model ini akan ditambah baik dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment