Thursday, November 22, 2012

Bicara Pengurusan Hutang

Hutang kereta adalah hutang yang dimiliki oleh hampir 3/4 dari jumlah keseluruhan isi rumah Malaysia. Harga kereta yang mahal membuatkan ramai yg tidak mampu membeli kereta secara tunai. Rata2nya membuat pinjaman bank dengan tempoh bayaran antara 5-9 tahun dan dengan purata bayaran minimum sebanyak RM500. Selalunya, sebaik tamat tempoh pinjaman dan selesai hutang, kereta yang dibeli sudah manjadi 'obsolete' dan pengguna selalunya akan menempah kereta baru dan membuat 'loan' yang baru. Begitulah seterusnya, sehingga sudah bersara pun masih berhutang untuk membeli kereta. 


Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009) oleh Jabatan Statistik mendedahkan fakta-fakta berikut;

1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;
2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Memandangkan kenderaan bukan lagi suatu bentuk 'kemewahan' tetapi keperluan, maka mungkinkah perlu ada suatu mekanisme atau pendekatan terancang dan teliti ke arah memastikan semua rakyat Malaysia mampu mempunyai kenderaan tanpa terbeban dengan hutang-piutang yang keterlaluan? Sekurangnya tempoh hutang berkurang kepada 3-4 tahun saja dengan jumlah bayaran yg sama. Justeru, amat beruntunglah andai ada cerdik pandai, pengkaji dan penyelidik di Malaysia dapat menyumbang idea kepada pihak yang berkaitan agar dapat dikurangkan bebanan hutang ini utk kemaslahatan majoriti rakyat Malaysia..


Via FB 

Tuan Nisar Ahmad
Pensyarah Fakulti Syariah Undang-undang (FSU)
Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM)

No comments:

Post a Comment