Ramai sudah berkesedararan untuk memilih untuk memiliki perlindungan insuran/takaful,namun adakah kita mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memanfaatkan polisi perlindungan yang kita buat caruman premium/sumbangan itu?
Untuk penulisan kali ini, saya akan memberikan beberapa persoalan asas sebagai panduan kepada kita sebagai pemegang polisi :
- Adakah kita memahami perlindungan-perlindungan dan amaun insuran/takaful yang ditawarkan dalam polisi perlindungan kita?
- Adakah kita menyedari bahawa jumlah perlindungan yang kita ambil semasa membuat caruman polisi bersesuaian dengan situasi kewangan semasa kita?
- Sekiranya kita suatu masa tidak berkemampuan dari segi kewangan/pendapatan akibat ketidakupayaan fizikal, adakah perlindungan insurans/takaful yang kita miliki boleh menampungnya?
- Sekiranya ahli keluarga kita ialah orang-orang yang bergantung harap kepada pendapatan kita untuk meneruskan kehidupan mereka dan suatu masa kita meninggal,adakah polisi nyawa kita mampu memberikan perlindungan kewangan kepada mereka?
- Bagaimanakah kita membeli polisi insuran/takaful kita? Adakah melalui broker insurans, perunding insurans/takaful, atau terus syarikat inuran/takaful? Adakah kita mengetahui nombor rujukan mereka sekirannya ada apa-apa berlaku dan kita mahu membuat tuntutan perlindungan?
- Adakah liabiliti insuran/takaful yang kita ada (rumah,kereta,bisnes dan lain-lain) cukup untuk menampung keperluan aset kita?
- Adakah kita pernah membuat semakan kepada poduk polisi perlindungan kita dan bandingkan dengan produk-produk terkini selepas setahun dua membuat caruman/sumbangan insuran/takaful?
- Adakah kita mengambil tahu keupayaan syarikat insurans/takaful yang kita miliki polisi perlindungan dari syarikat berkenaan, mempunyai keupayaan yang cukup untuk membayar tuntutan perlindungan kita dan peserta lain serta menawarkan khidmat pelanggan yang baik?
Jika jawapan 'Tidak' kita ialah dua atau tiga kali per lapan soalan berbanding 'Ya', jangan risau kerana sembilan daripada sepuluh orang yang memiliki polisi insurans/takaful memang ada kesilapan yang sama. Namun kita perlu membuat perubahan dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita mengenai insurans/takaful yang kita ada supaya ia menjadi aset yang bernilai kepada kita.
Daing Muhamad Fadzil Abd Latif
No comments:
Post a Comment