Saturday, November 24, 2012

9 Tips mengelak perebutan harta selepas mati

‎9 tips mengelakkan keluarga dan ahli waris berebut harta selepas anda mati-

1. Kenalpasti dan senaraikan harta-harta yang anda miliki;

2. Kategorikan senarai harta yang masih berhutang dan bebas hutang. Selesaikan urusan pembahagian dan pendaftaran harta jika ada harta anda yang belum didaftarkan selepas pembahagian faraidh; 

3. Tentukan jika ada harta yang ingin anda wakafkan;

4. Senaraikan ahli waris atau sesiapa yang ingin anda hadiahkan harta anda;

5. Kumpul ahli keluarga dan nyatakan hasrat anda;

6. Isytiharkan kepada siapa harta anda ingin anda wakafkan atau hibahkan (hadiahkan);

7. Lantik pentadbir pusaka anda, jika perlu; 

8. Dapatkan khidmat pakar untuk nasihat dan penyediaan dokumen hibah dan yang berkaitan;

9. Simpan dokumen hibah ditempat selamat dan diketahui oleh ahli waris yang dipercayai.

# selamat beramal :)

Via Facebook

Puan Hazizah Kassim
Messrs Hazizah & Co.

Friday, November 23, 2012

Ringgit : Rakan Kewangan Anda

                             Sumber : Bank Negara Malaysia (BNM)

KEMPEN KESEDARAN PENGURUSAN KEWANGAN

Majalah maya PERCUMA untuk dimuat turun

RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Kerjasama ini membolehkan jangkauan yang lebih luas dalam usaha untuk meningkatkan keseda
ran pengguna kepada tahap yang lebih tinggi terhadap isu-isu kewangan. Sesungguhnya ini merupakan komitmen kami untuk mewujudkan aktivisme dan perlindungan kewangan yang lebih baik.

Penerbitan RINGGIT merupakan sebahagian daripada usaha yang berterusan dalam pendidikan kewangan. Adalah menjadi harapan kami penerbitan RINGGIT dapat menyediakan maklumat yang komprehensif, bermakna dan bermanfaat kepada para pengguna

Taksiran cakna insuran/takaful kita

Ramai sudah berkesedararan untuk memilih untuk memiliki perlindungan insuran/takaful,namun adakah  kita mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memanfaatkan polisi perlindungan yang kita buat caruman premium/sumbangan itu?

Untuk penulisan kali ini, saya akan memberikan beberapa persoalan asas sebagai panduan kepada kita sebagai pemegang polisi :

  • Adakah kita memahami perlindungan-perlindungan dan amaun insuran/takaful yang ditawarkan dalam polisi perlindungan kita?
  • Adakah kita menyedari bahawa jumlah perlindungan yang kita ambil semasa membuat caruman polisi bersesuaian dengan situasi kewangan semasa kita?
  • Sekiranya kita suatu masa tidak berkemampuan dari segi kewangan/pendapatan akibat ketidakupayaan fizikal, adakah perlindungan insurans/takaful yang kita miliki boleh menampungnya?
  • Sekiranya ahli keluarga kita ialah orang-orang yang bergantung harap kepada pendapatan kita untuk meneruskan kehidupan mereka dan suatu masa kita meninggal,adakah polisi nyawa kita mampu memberikan perlindungan kewangan kepada mereka?
  • Bagaimanakah kita membeli polisi insuran/takaful kita? Adakah melalui broker insurans, perunding insurans/takaful, atau terus syarikat inuran/takaful? Adakah kita mengetahui nombor rujukan mereka sekirannya ada apa-apa berlaku dan kita mahu membuat tuntutan perlindungan?
  • Adakah liabiliti insuran/takaful yang kita ada (rumah,kereta,bisnes dan lain-lain) cukup untuk menampung keperluan aset kita?
  • Adakah kita pernah membuat semakan kepada poduk polisi perlindungan kita dan bandingkan dengan produk-produk terkini selepas setahun dua membuat caruman/sumbangan insuran/takaful?
  • Adakah kita mengambil tahu keupayaan syarikat insurans/takaful yang kita miliki polisi perlindungan dari syarikat berkenaan, mempunyai keupayaan yang cukup untuk membayar tuntutan perlindungan kita dan peserta lain serta menawarkan khidmat pelanggan yang baik?
Jika jawapan 'Tidak' kita ialah dua atau tiga kali per lapan soalan berbanding 'Ya', jangan risau kerana sembilan daripada sepuluh orang yang memiliki polisi insurans/takaful memang ada kesilapan yang sama. Namun kita perlu membuat perubahan dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita mengenai insurans/takaful yang kita ada supaya ia menjadi aset yang bernilai kepada kita.

Daing Muhamad Fadzil Abd Latif

Thursday, November 22, 2012

Kos pengangkutan dan penginapan : dilema graduan

klik  gambar untuk saiz lebih besar

Bicara Pengurusan Hutang

Hutang kereta adalah hutang yang dimiliki oleh hampir 3/4 dari jumlah keseluruhan isi rumah Malaysia. Harga kereta yang mahal membuatkan ramai yg tidak mampu membeli kereta secara tunai. Rata2nya membuat pinjaman bank dengan tempoh bayaran antara 5-9 tahun dan dengan purata bayaran minimum sebanyak RM500. Selalunya, sebaik tamat tempoh pinjaman dan selesai hutang, kereta yang dibeli sudah manjadi 'obsolete' dan pengguna selalunya akan menempah kereta baru dan membuat 'loan' yang baru. Begitulah seterusnya, sehingga sudah bersara pun masih berhutang untuk membeli kereta. 


Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009) oleh Jabatan Statistik mendedahkan fakta-fakta berikut;

1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;
2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Memandangkan kenderaan bukan lagi suatu bentuk 'kemewahan' tetapi keperluan, maka mungkinkah perlu ada suatu mekanisme atau pendekatan terancang dan teliti ke arah memastikan semua rakyat Malaysia mampu mempunyai kenderaan tanpa terbeban dengan hutang-piutang yang keterlaluan? Sekurangnya tempoh hutang berkurang kepada 3-4 tahun saja dengan jumlah bayaran yg sama. Justeru, amat beruntunglah andai ada cerdik pandai, pengkaji dan penyelidik di Malaysia dapat menyumbang idea kepada pihak yang berkaitan agar dapat dikurangkan bebanan hutang ini utk kemaslahatan majoriti rakyat Malaysia..


Via FB 

Tuan Nisar Ahmad
Pensyarah Fakulti Syariah Undang-undang (FSU)
Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM)

Thursday, November 15, 2012

Model Pengurusan Kewangan Individu


Kredit saya berikan kepada Tuan Mior Isfandy kerana sudi berkongsi idea beliau dalam model pengurusan kewangan di atas. Saya nukilkan sedikit sebanyak idea berkenaan model pengurusan kewangan individu ini.
Model ini paling sesuai digunakan oleh graduan yang baru tamat belajar yang baru mencari pekerjaaan tetap ; namun jangan risau jika yang sudah bekerja juga boleh mempraktis model ini mengikut kesesuaian masing-masing.

Kata kunci :
(1) EC = Employed Channel (Saluran makan gaji / bekerja yang menghasikan pulangan tetap setiap bulan)
(2) SC = Self-employed Channel (Saluran bekerja sendiri / part-time / business kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan)

Penerangan :

  • Fasa 1 bertujuan untuk mencukupkan RESERVE FUND (Dana untuk simpanan). Jangka masa kurang lebih 2 tahun
  • Fasa 2 bertujuan membina kerjaya pilihan dan menikmati kerjaya berkenaan. Fasa di sini lebih kepada bagaimana kerja menghasilkan duit untuk kita.
Semoga ilustrasi di atas beserta sedikit catitan di bawah gambar rajah memudahkan anda untuk memahami model pengurusan kewangan individu ini. Insya allah model ini akan ditambah baik dari masa ke semasa.




Sunday, October 28, 2012

CELIK TAKAFUL : IET PLUS & IST PLUS

IST PLUS & IET PLUS


More PowerPoint presentations from Daing Muhamad Fadzil

Saya memberikan KONSULTANSI PERCUMA untuk anda !

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan SEBUT HARGA (QUOTATION) [ILUSTRASI PRODUK DALAM EXCEL], Sila emelkan ke emel saya daing_fadzil@yahoo.com


  • NAMA PENUH
  • TARIKH LAHIR
  • PEKERJAAN (JIKA TIDAK BEKERJA E.G PELAJAR, SILA NYATAKAN 'PELAJAR')
  • BAJET KOMITMEN BAYARAN KEMAMPUAN                                                             
  • (PILIH SALAH SATU & NYATAKAN RM) Cth : Komited untuk bayar RM 100 setiap bulan
    • TAHUNAN atau
    • SETIAP 6 BULAN atau
    • SETIAP 3 BULAN atau
    • BULANAN
  • Setiap EMEL yang memohon SEBUT HARGA akan diproses dalam masa 24 jam selepas email diterima. Konsultansi PERCUMA untuk penerangan mengenai ilustrasi berkenaan.


Saturday, October 27, 2012

FOMCA : Kempen Bulan Kewangan Berhemah





Resensi Buku Glosari Muamalat


Ledakan industri kewangan Islam telah membuka pemikiran masyarakat Islam di seluruh dunia. Umat Islam hari ini mula peka serta sensitif terhadapa aktiviti-aktiviti seharian mereka sama ada aktiviti-aktiviti tersebut bertepatan dengan prinsip-prinsip syariah atau sebaliknya. Kepesatan pembangunan industri Islam yang meliputi sektor perbankan, takaful, pasaran modal, arrahn, pengurusan harta amanah dan sebagainya menyemarakkan  lagi anjakan pemikiran umat Islam untuk mula beralih kepada instrumen kewangan Islam yang kini mula mendapat tempat di hati nereka. Perkembangan ini telah menimbulkan banyak persoalan dan kemusykilan di kalangan masyarakat negara ini berkaitan dengan istilah serta transaksi dan istrumen-instrumen kewangan yang berada di pasaran.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebuah agensi pusat yang menguruskan pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini melalui Sekretariat di Bahagian Penyelidikan telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan Glosari Muamalat ini. Penerbitan glosari ini adalah menepati hasrat dan keperluan semasa umat Islam negara ini untuk memartabatkan sistem kewangan Islam.

Semoga penerbitan glosari ini dapat memberi garis panduan kepada masyarakat seluruhnya dalam memahami istilah dan perkataan yang digunapakai dalam aktiviti muamalat dan ekonomi Islam.

**GLOSARI MUAMALAT INI PERCUMA.

Tuesday, June 26, 2012

Enhance the understanding of financial instruments


In this era, the awareness of having better and stable financial condition rises among the Malaysians. There are many publications in the bookstores. Nevertheless, there are also free printings regarding to financial planning publications in retrieval system such as Takaful/Insurance/Banking websites, pamplets, agencies, and post-offices ! 

All this publications are very vital for us before making any decision in investing or buying any financial instruments. Instead of reading, we can also refer to the experts in financial. At least, we have view about the procedures, and documents related to the products.

Prevent to be cheated easily by the people who want to take granted easily from us. Enhance and increase our knowledge and then you will more safer in financial market.

Monday, June 25, 2012

PIES in managing our wealth


Whenever we talk about properties,our topics will come to how much the wealth that we have? Land, money, gold (dinar), silver (dirham), cars,? Yes, all those assets that can be physically seen. Haven't we realise that, Allah also bless us with many 'assets' that convert into wealth?

To summarise, the asset that Allah gives to us can be categorised into the acroynm which is P-I-E-S

P- Physical (Money, car, building etc)
I - Intellectual (Knowledge & Skills)
E-Emotional (Networking & Health)
S- Spiritual (Du'a)

Yes ! When we say SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLHUAKBAR after solah, we have to realise that, the word SUBHANALLAH (Glory/praise to Allah) ; we actually need to calculate 'what are the blessings that have been given to us?'.

Next, when we saya 'ALHAMDULILLAH' ; "Praise to God", we actually need to utilize all the abilities (assets) that we have, we've to invest them !

Lastly, the word 'ALLAHUAKBAR' ! ;"Allah is the almighty!" is ACTION-ORIENTED !



Thursday, June 21, 2012

The potential and growth of the Takaful Industry


I think all of us are obvious with those organisations. Those are some of organisations that are promoting the Islamic finance system and industry, As we know, Takaful is one of the pillar in the Islamic Finance system, there are others pillars such as Islamic Banking, Waqf, and Zakah.

Just to share some links that are beneficial to be read . I will add time by time.


Gain some vital knowledge for our life.

Monday, June 18, 2012

Must Read !


 I am very fascinated to read this book ! This book is very essential for those whose are looking for the package of motivational & techniques in financial planning. The importance of financial intelligence is very emphasised in this book. I hope i can read thoroughly the content and jot some points in a simple article in the future.

To write as similar as this book? Yeah, i hope so. God-Willing.

Friday, June 8, 2012

Begin with the End in Mind

While finishing jumaah prayer recently, i am thinking to create a blog that i can write my opinions on Islamic Financial Planner (IFP) which is the ambition that i like want to be in the future. This is one of the path that i went through recently to get a broad view about what is the topic of Financial Planning  is talking about.


This blog will be updated frequently with information regarding finance. I would like to write also some ideas regarding finance since i think my interest and how i can restructure my thinking is through WRITING. I have main blog which at  http://daingfadzil.blogspot.com. Kindly thousand of appreciation i would like to say for those who like to follow the updates from my blog and give feedback.

THANKS A LOT !